Muhammad Ammar Rizqy

20.12.2018 / Khamis / 06.05am / 3.15kg

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, March 15, 2012

:: Cuti - Cuti Bengkalis ::

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


1 hingga 3 Disember yang lepas CikPuanIsteri berkesempatan pergi bercuti sambil melawat ke Bengkalis, Indonesia..banyak pengalaman yang CikPuanIsteri nak kongsikan..Rasa bersyukur menjadi rakayat Malaysia..Betul-betul insaf bila g sana..



Apam Polak Dot sebagai buah tangan


Bersunguh-sungguh CikPuanIsteri menyiapkan apam polka dot ni..Perancangan awal CikPuanIsteri nak buat Cheese Tart..Oleh kerana malas dan tak ada banyak masa nak buat crust CikPuanIsteri pon tempah j la tart crust dekat sorang Hamba ALLAH ni..cukup masa CikPuanIsteri nak ambik die punya pekerja kate xde..punye la bengang..bila CikPuanIsteri call die x jawab pon...YA ALLAH sabar je la...Tu yang kelam kabut buat apam polka dot nie 2.00am baru boleh tido...


6.00am da gerak dari JB ke Muar coz naik feri dari Muar..Sampai Muar around 8.00am & terus g rumah pakcik minta tolong hanatar pergi jeti coz kereta nak parking kat rumah die...beli tiket & cari kedai makan tuk sarapan pagi..Around 9.30am kitaorang da dipanggil masuk dalam feri..


Muke tenang + cuak

inchik hubby masih cool


Dokumen kastam & imigresin Indinesia

Incik Hubby da start tingtong tingtong

Inchik Hubby sai 'lama lagi x?'

"Tolong tekan lonceng nak berhenti sekarang"
berhenti tengah laut????
Lebih kurang @ jam gak perjalanan kami dari Muar ke Bengkalis..Kesian dekat Inchik Hubby coz die mabuk laut..


Round-round Kota Bengkalis dulu sebelum gerak ke Pambang...


Baru j smapi di JETI BENGKALIS













Mula gerak ke Pambang...




Papan tanda murid sekolah melintas jalan

Jalan dekat sana di perbuat daripada simen

Jalan Rosak


dekat sana motor di panggil "HONDA"


Tiang Lampu guna kayu jerk



Papa ku pulang dari kota~
Papa ku belikan kereta~

Sangat mencabar


akhirnya sampai jugak
abaikan capal InchikHubby yang CikPuanIsteri pakai

Alhamdulillah sampai 1 rumah


Setakat nie jerk dulu...nanti CikPuanIsteri sambung lagi...

:: Caramel Cake ::

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Sekian lama tak menulis entri..hehehe…bukan menghilang kemana pon tapi tak de idea nak tulis pa..al-maklumlah CikPuanIsteri bukan blogger tegar…menulis bila ada idea jerk….
Semalam InchikHubby ade request cake tuk bawa g kenduri Doa Selamat kat rumah kawan die… bila tanya InchikHubby nak bawa cake apa die kate terpulang…dalam otak da terkeluar beberape jenis cake…so selak punye selak koleksi resepi tetibe ternampak lak resepi Caremal Cake….Inchikhubby kate buat dulu kat umah bagi die rase bari boleh bawa g rumah orang...Nasib baik bahan2 semua ada...so mari kite mulakan~~~

Bahan-bahan gula hangus :-
  • 2 Sudu besar gula kasar
  • Loyang 8 inci/ 20cm
Cara-cara :-
  • Taburkan gula dalam loyang.
  • Panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.(kalau api terbesar gula akan hangus & kek akan jadi pahit)
  • Biarkan sehingga gula cair & bertukar warna coklat.
  • Matikan api & ketepikan. Gula akan mu la mengeras & biarkan saja. Boleh mulakan adunan seterusnya.


Bahan-bahan puding :-
  • 200 ml susu segar / susu cair (CikPuanIsteri guan susu HL)
  • 3 biji kuning telur.
  • 70 gm gula kastor / gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-cara :-
  • Masukan semua bahan2 & kacau perlahan jangan sampai berbuih.
  • Bila semua sebati, tapiskan kedalam loyang gula hangus tadi.
  • Mase tuang nanti korang akan dengar bunyi macam kaca pecah.
  • ketepikan & mulakan adunan untuk kek pula


Bahan-bahan kek :-

Meringue
  • 6 biji putih telur (guna putih telur yang lebih tadi + putih telur baru)
  • 70 gm gula kastor / hula halus
  • 1 sudu teh cream of tartar
Cara-cara:-
  • Pukul putih telur hingga berbuih
  • Masukkan gula kastor / gula halus & cream of tarttar
  • Pukul lagi dengan high speed sehingga kental & kaku (kalo telangkupkan x akan tumpah)
  • Ketepikan


Adunan 2 :-
  • 3 biji kuning telur (lebih dari putih telur yg da guna tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml mimyak masak
  • 70 gm gula kastor / gula halus
  • 140 gm tepung gandum (CikPuanIsteri guan tepung superfine kes malas nak ayak )
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara :-
  • Ayak tepung & baking powder. ketepikan.
  • Putar kuning telur + air + minyak sampai kembang & putih (CikPuanIsteri buat xputih pon walau da lama putar)
  • Masukkan gula kastor / gula halus & pukul lagi samapai kembang. Matikan mixer
  • Masukan tepung gandum sikit2 & kaup balikkan sampai tepung habis
  • Masukkan separuh adunan meringue & kaup balik lagi sehingga sebati
  • Masukkan lebihan meringue tadi & kaup balik lagi sehingga sebati
  • Bahagi adunan kepada 3 & warnakan ikut suka. (kalau malas terus tuang pon tak apa)
  • Panaskan oven 160 degree
  • bakar secara double boil selama 50 minit @ sehingga kek & puding masak
  • Selepas kek masak biarkan dalam oven selama 10 minit @ sehingga kek lekang dari loyang
  • Terbalikkan kek atas pinggan & kek akan turun sendiri.
  • Nak sedap simpan dalam peti sejuk


Jom layan gamabar pulak

Sebelum masuk dalam oven

Dug Dag Dug Dag

Oven saya =)

Selepas 10 minit dalam oven

Da terbalikkan 

Taraaaaa...!!!!!!!!

Nyum3 =p
Itulah hasilnya....bat sendiri lebih berbalio daripada beli.sebab terjamin kebersihan & kita tahu barang2 yang digunakan..So tak delah was2 sangat..

Inspirasi dari otai2 dapur:-
  1. Kak ita (orang johor gak nie )
  2. Kak E-na (resepi dari jauh negara matahari terbit)
TQ soo much kepada akak sekalian yang banyak tak kedekut kongsi ilmu...

p/s :-
- Tolong jangan bandingkan kek CikPuanIsteri dengan kek dari otai2 di atas coz mestila kek CikPuanIsteri akan kalah..hahaha


SELAMAT MENCUBA